Malaysia legislation
Section 2
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH LOTTO 2011
Seksyen 2
Dalam Skim ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“Akta” ertinya Akta Pertaruhan Pool 1967 [Akta 384];
“cabutan” ertinya nombor kemenangan yang dipilih secara rawak oleh pemegang lesen;
“Cabutan LOTTO” ertinya cabutan nombor daripada peralatan cabutan di bawah
Skim ini;
“ejen” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh pemegang lesen, termasuk mana-mana pekerjanya, untuk menjalankan apa-apa transaksi kewangan berhubungan dengan Pertaruhan LOTTO;
“harga” ertinya jumlah pertaruhan yang kena dibayar oleh peserta kepada pemegang lesen atau ejennya dan termasuk cukai, jika ada;
“kelompok” ertinya siri nombor yang dicabut termasuk Nombor Utama dan
Nombor Bonus untuk Permainan LOTTO;
“kod keselamatan” ertinya apa-apa bentuk kod yang tertera pada resit tiket bagi tujuan kawalan keselamatan;
P.U. (B) 308 3
“kod pengenalan” ertinya suatu kombinasi abjad dan angka nombor kawalan yang unik yang dicetak pada resit tiket atau apa-apa cara pengenalan lain yang ditentukan oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa;
“Kumpulan” ertinya nombor kemenangan yang ditetapkan untuk kategori hadiah;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta;
“LOTTO” ertinya SABAH LOTTO;
“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;
“mesej pengesahan” ertinya mesej yang dipapar pada skrin paparan atau mana-mana perantaraan lain sistem dalam talian;
“Nombor Bonus” ertinya nombor tambahan yang dipilih atau dicabut daripada satu julat nombor yang ditetapkan;
“nombor cabutan” ertinya nombor yang ditetapkan oleh pemegang lesen untuk
Cabutan LOTTO;
“nombor kemenangan” ertinya nombor yang dicabut untuk Cabutan LOTTO yang berkaitan;
“nombor ramalan” ertinya nombor yang dipilih oleh peserta atau ditentukan oleh sistem dalam talian bagi pihak peserta dan dicetak pada resit tiket;
“Nombor Utama” ertinya nombor yang dipilih atau dicabut daripada satu julat nombor yang ditetapkan selain daripada Nombor Bonus;
“orang” ertinya mana-mana individu, persatuan, perbadanan, kelab, syarikat atau perkongsian;
P.U. (B) 308 4
“pembawa” ertinya mana-mana orang yang memiliki resit tiket;
“pemegang lesen”
ertinya
Diriwan
Corporation
Sendirian
Berhad
(No. Syarikat 163249-X);
“pemenang” ertinya mana-mana pembawa resit tiket kemenangan;
“Permainan LOTTO” ertinya mana-mana kombinasi dan variasi berhubungan dengan LOTTO 6/49, LOTTO 6/45, LOTTO 6/42, LOTTO 7, LOTTO 6 dan LOTTO 5;
“pertaruhan biasa” ertinya pertaruhan oleh peserta suatu nombor ramalan yang dipilih bagi Permainan LOTTO, agar satu resit tiket pertaruhan biasa akan memenangi satu hadiah jika nombor ramalan itu adalah sama dengan nombor kemenangan yang dicabut;
“Pertaruhan LOTTO” ertinya pertaruhan yang ditempah dalam permainan
LOTTO;
“peserta” ertinya mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam Pertaruhan
LOTTO dengan membeli resit tiket, termasuk orang yang menuntut hadiah;
“pungutan jualan” ertinya pungutan kumulatif pertaruhan bagi setiap cabutan, tidak termasuk cukai jualan, yang diperoleh daripada Permainan LOTTO masing-masing;
“Quick Pick” ertinya nombor ramalan yang dipilih secara rawak oleh sistem dalam talian dan resit tiket yang dikeluarkan dengan cara ini hendaklah dipanggil tiket
Quick Pick;
“resit tiket” ertinya tiket LOTTO yang dikeluarkan oleh pemegang lesen dan dibeli oleh peserta;
P.U. (B) 308 5
“Sijil” ertinya dokumen rasmi keputusan cabutan yang merekodkan nombor kemenangan untuk Cabutan LOTTO tertentu yang disahkan oleh pemegang lesen;
“sistem dalam talian” ertinya sistem berkomputer pemegang lesen bagi mengendalikan Pertaruhan LOTTO, termasuk peralatan lain yang diluluskan oleh pemegang lesen;
“Skim” ertinya Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan
Pertaruhan SABAH LOTTO;
“slip taruhan” ertinya slip kertas yang digunakan oleh peserta bagi menyertai
Pertaruhan LOTTO melalui sistem dalam talian atau sistem lain yang seumpamanya yang dianggap sesuai oleh pemegang lesen;
“taruhan” ertinya jumlah wang yang ingin dipertaruhkan oleh seorang peserta pada pemilihannya;
“tiket kemenangan” ertinya resit tiket yang mengandungi mana-mana nombor ramalan yang sepadan dengan nombor kemenangan; dan
“unit pertaruhan” ertinya amaun yang ditentukan oleh pemegang lesen sebagai pertaruhan minimum bagi setiap nombor ramalan, tidak termasuk cukai kerajaan yang hendaklah ditanggung oleh peserta.