Malaysia legislation
Section 7
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH LOTTO 2011
Seksyen 7
(1)
Resit tiket bagi Pertaruhan LOTTO hendaklah dikeluarkan dan dijual di premis yang ditetapkan dalam lesen sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dalam subperenggan 4(2).
(2)
Resit tiket Pertaruhan LOTTO hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
nama SABAH LOTTO;
(b)
Permainan LOTTO, iaitu LOTTO 6/49, LOTTO 6/45, LOTTO 6/42,
LOTTO 7, LOTTO 6 atau LOTTO 5;
(c)
Quick Pick;
(d)
nombor ramalan dan taruhan;
(e)
nombor cabutan dan tarikh cabutan;
P.U. (B) 308 9
(f)
harga;
(g)
kod pengenalan dan kod keselamatan; dan
(h)
maklumat lain yang berkaitan.
(3)
Pemegang lesen atau ejennya boleh mengeluarkan resit tiket secara manual untuk dijual di mana keadaan mewajarkannya.
(4)
Bagi maksud subperenggan (3), pengeluaran sedemikian hendaklah dihadkan kepada premis yang ditetapkan dalam lesen sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dalam subperenggan 4(2).
Budi bicara mutlak pemegang lesen