Malaysia legislation
Section 13
of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995
Seksyen 13
Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang suai manfaat, atau yang bersampingan untuk pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang berikut:
(a)
untuk mengadakan dan menyelenggara pejabat cawangan dengan kelulusan Menteri;
(b)
untuk melantik ejen atau mendapatkan khidmat bagi maksud menjalankan fungsi Perbadanan di bawah
Akta ini;
(c)
untuk menubuhkan, menyenggara dan menguruskan suatu pangkalan data dan sistem maklumat mengenai perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi yang termasuk profil, data ekonomi dan statistik mengenai program pembangunan daripada mana-mana kementerian atau agensi;
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 17
(d)
untuk mengambil dan memegang modal usaha niaga dalam mana-mana syarikat dengan kelulusan Menteri;
(da) untuk memberikan pemberian atau bantuan kewangan lain kepada perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
(db) untuk menghendaki pemberian maklumat oleh perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi mengenai perkara yang berhubungan dengan perniagaan mereka selain maklumat yang tiada anggota, pegawai, pekerja, ejen atau orang lain, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada maklumat itu;
(dc)
untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
(e)
untuk mengelolakan aktiviti promosi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi seperti penyertaan dalam pameran perdagangan, seminar dan persidangan dalam dan luar negeri;
(f)
untuk menerbit atau menaja penerbitan berkala, risalah dan bahan maklumat di dalam apa-apa media; dan
(g)
untuk mengenakan fi bagi penggunaan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan.
Kuasa untuk meminjam