Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995

Seksyen 22

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun,

Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuklah perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Section 22 — SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES CORPORATION MALAYSIA ACT 1995