Malaysia legislation
Section 24
of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995
Seksyen 24
Surcaj
(a)
telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang pada
Perbadanan yang pemungutannya adalah atau telah menjadi tanggungjawabnya;
(b)
adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada Perbadanan atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c)
adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan pada, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Perbadanan;
(d)
sebagai, atau yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
(e)
telah gagal untuk membuat apa-apa bayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang itu dengan Perbadanan.
(2)
Perbadanan hendaklah, sebelum orang itu disurcaj menyampaikan kepadanya, suatu notis bertulis memintanya menunjuk sebab mengapa beliau tidak patut disurcaj.
(3)
Sekiranya suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebutkan dahulu, Perbadanan boleh—
(a)
di dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang itu yang tidak melebihi amaun yang tidak dikutip, atau bayaran yang tidak sepatutnya dibuat atau kekurangan dalam, atau kerugian kepada harta yang musnah; dan
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 539
(b)
di dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
(4)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memberitahu orang yang disurcaj berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3).
(5)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (3) dan (4), Perbadanan boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj jika ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj tentang penarikan balik itu.
(6)
Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3)
dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman oleh Perbadanan dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh
Perbadanan didapatkan kembali melalui potongan daripada—
(a)
gaji orang yang disurcajkan; atau
(b)
pencen orang yang disurcajkan, dengan ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.