Malaysia legislation
Section 29
of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995
Seksyen 29
(a)
dua orang anggota yang dipilih oleh dan daripada anggota
Perbadanan, salah seorang daripadanya hendaklah dipilih sebagai Pengerusi; dan
(b)
Ketua Pegawai Eksekutif.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 539
(2)
Lembaga Tatatertib Perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Perbadanan selain Ketua Pegawai Eksekutif.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh menjadi anggota
Lembaga Tatatertib dalam mana-mana prosiding yang beliau adalah merupakan pengadu; tempat beliau hendaklah diambil oleh anggota yang akan dipilih dalam kalangan anggota Perbadanan.
(4)
Dalam menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya,
Lembaga Tatatertib mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 32.
(5)
Tatacara untuk prosiding tatatertib hendaklah mengikut peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32.
(6)
Lembaga Tatatertib boleh, tertakluk pada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Perbadanan, dikenali sebagai Jawatankuasa Tatatertib, yang berkaitan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang berkenaan, atau yang berkaitan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Perbadanan, dan jawatankuasa yang diperwakilkan dengan fungsi dan kuasa itu hendaklah menunaikan, menjalankan atau melaksanakannya di bawah arahan dan kawalan
Lembaga Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah mana-mana keputusan atau dapatan jawatankuasa itu.
(7)
Penurunan kuasa tidak boleh dibuat di bawah subseksyen (6)
untuk membolehkan seorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan untuk menjadi anggota mana-mana Jawatankuasa Tatatertib yang boleh menjalankan mana-mana kuasa tindakan tatatertib ke atas seorang pegawai atau pekhidmat yang lebih kanan dari segi jawatannya.
(8)
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib atau mana-mana
Jawatankuasa Tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (6) boleh, dalam tempoh empat belas hari
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 27
merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Perbadanan yang Perbadanan selanjutnya akan mengesahkan, mengakaskan atau memberi apa-apa arahan dengan sewajarnya ke atas perkara berkenaan yang difikirkan sesuai dan berpatutan.
(9)
Apabila Perbadanan menimbangkan apa-apa rayuan di bawah subseksyen (8), hendaklah tiada anggota Lembaga Tatatertib atau
Jawatankuasa Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, hadir dalam prosiding yang berhubungan dengan rayuan terhadap siapa rayuan itu dibuat.
(10)
Keputusan Perbadanan atas rayuan itu adalah muktamad dan konklusif.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948