Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995

Seksyen 2

Tafsiran

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan

Perusahaan Kecil dan Sederhana yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;

*CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan

Sederhana 1995. Tajuk ringkas ditukar oleh seksyen 3 Akta Perbadanan Pembangunan Industri

Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009 [Akta A1358] yang berkuat kuasa pada 2 Oktober 2009—

lihat P.U. (B) 402/2009.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 539

“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 2a;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi

*pembangunan usahawan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“perusahaan kecil dan sederhana” ertinya perusahaan sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis;

“syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

**Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan termasuk sesuatu perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

[Akta 197].

Bahagian Ia

MAJLIS

Penubuhan Majlis 2a. (1) Suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Pembangunan

Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan” ditubuhkan.

(2)

Matlamat Majlis adalah untuk memastikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana adalah menyeluruh dan terselaras yang merentasi semua sektor ekonomi.

Keanggotaan Majlis 2b. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Perdana Menteri sebagai Pengerusi;

*CATATAN–Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].

**CATATAN–Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1) [Akta 777].

Perbadanan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Malaysia 9

(b)

Menteri;

(c)

Menteri Kewangan;

(d)

Menteri yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri *makanan, atau wakilnya;

(e)

Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia, atau wakilnya;

(f)

Menteri yang bertanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi, atau wakilnya;

(g)

Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah, atau wakilnya;

(h)

Menteri yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi, atau wakilnya;

(i)

Menteri yang bertanggungjawab bagi pelancongan, atau wakilnya;

(j)

Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri *dan hal ehwal pengguna, atau wakilnya;

(k)

Menteri yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan komoditi, atau wakilnya;

(l)

seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, atau wakilnya;

(m)

Menteri Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan industri di Sabah, atau wakilnya;

(n)

Menteri Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan industri di Sarawak, atau wakilnya;

(o)

Ketua Setiausaha Negara, atau wakilnya;

*CATATAN–Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 539

(p)

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri, atau wakilnya; dan

(q)

Gabenor Bank Negara Malaysia, atau wakilnya.

(2)

Sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1), Pengerusi boleh melantik orang yang berikut sebagai anggota Majlis:

(a)

seorang wakil daripada persatuan yang berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana;

(b)

seorang wakil daripada sektor pengilangan;

(c)

seorang wakil daripada sektor perkhidmatan;

(d)

seorang wakil daripada sektor pertanian; dan

(e)

apa-apa bilangan orang lain.

(3)

Anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a), (b), (c), (d)

dan (e)—

(a)

hendaklah dilantik oleh Pengerusi bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun; dan

(b)

adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh jawatannya.

(4)

Perbadanan hendaklah bertindak sebagai Urus Setia kepada Majlis.

Fungsi Majlis 2c. (1) Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk merumuskan dasar dan strategi umum untuk memudahkan pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;

(b)

untuk mengkaji semula peranan dan tanggungjawab kementerian dan agensi Kerajaan berhubung dengan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;

Perbadanan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Malaysia 11

(c)

untuk mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan, serta membimbing kementerian dan agensi Kerajaan untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan akan dasar pembangunan dan pelan tindakan bagi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;

(d)

untuk menggalakkan dan mengukuhkan peranan sektor swasta dalam menyokong pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; dan

(e)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini.

(2)

Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan

Perbadanan hendaklah melaksanakan arahan itu.

(3)

Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan membuat segala benda sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

(4)

Majlis hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila suatu mesyuarat diadakan oleh Pengerusi Majlis tetapi tidak kurang daripada sekali setahun.

(5)

Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Section 2 — SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES CORPORATION MALAYSIA ACT 1995