Malaysia legislation
Section 32
of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995
Seksyen 32
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan yang berikut, peraturan-peraturan sedemikian boleh dibuat bagi—
(a)
mengenakan fi dalam kes tertentu sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Perbadanan;
(b)
tujuan elaun yang perlu dibayar kepada mana-mana anggota dan anggota silih ganti Perbadanan;
(c)
menetapkan tanggungjawab, kelakuan dan kawalan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
(d)
atau berkenaan dengan saraan, elaun dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
(e)
bayaran pencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan kerana persaraan mereka atau selainnya pemberhentian mereka daripada memegang jawatan sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian;
(f)
cara bagaimana terma dan syarat pinjaman boleh diberikan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan di bawah perenggan 19(f) dan maksudnya;
(g)
tatatertib pegawai dan pekhidmat Perbadanan yang boleh meliputi—
(i)
peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan semasa menanti prosiding tatatertib selesai;
(ii)
pewujudan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Perbadanan, dan hukuman yang diperuntukkan boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat; dan
(iii)
tatacara bagi prosiding tatatertib yang hendaklah memperuntukkan supaya pegawai atau pekhidmat
Perbadanan yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil, peluang untuk membela diri terhadap
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 29
tuduhan tatatertib terhadapnya itu sebelum satu keputusan dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib, kecuali di dalam kes yang berikut jika:
(aa) seseorang pegawai atau pekhidmat
Perbadanan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana kelakuan berkenaan dengannya satu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
(bb) Perbadanan berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis, tidaklah semunasabahnya praktik melaksanakan kehendak subperenggan ini;
(cc)
Menteri berpuas hati bahawa bagi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya tidaklah suai manfaat melaksanakan kehendak subperenggan ini; atau
(dd)
apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi telah dibuat ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya telah dikenakan ke atas seorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan bagi wanita dan gadis; dan
(h)
menetapkan apa-apa jua perkara yang di bawah Akta ini boleh ditetapkan oleh Perbadanan.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 539
Penyata, laporan, akaun dan maklumat