Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995

Seksyen 4

Keanggotaan Perbadanan

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

(c)

seorang wakil Kementerian Kewangan;

(d)

seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan

Perdana Menteri;

(e)

tiga orang wakil daripada dewan perniagaan;

(f)

seorang wakil daripada sektor pengilangan;

(g)

seorang wakil daripada sektor perkhidmatan;

(h)

seorang wakil daripada sektor pertanian;

(i)

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan; dan

(j)

mana-mana anggota yang lain, tidak melebihi enam orang, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Anggota Perbadanan hendaklah dilantik oleh Menteri dan tertakluk pada seksyen 5 dan 6, hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai kepada Perbadanan.

Perbadanan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Malaysia 13

Tempoh jawatan

Section 4 — SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES CORPORATION MALAYSIA ACT 1995