Malaysia legislation
Section 9
of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995
Seksyen 9
Akta 539
(a)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
(ii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(b)
dia menjadi bankrap atau telah membuat perkiraan dengan pemiutangnya;
(c)
dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan tugas atau menguruskan hal ehwalnya; atau
(d)
pada tiga kali mesyuarat Perbadanan berturut-turut, tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri, dia telah tidak hadir juga tidak diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik berkenaan dengannya.
(2)
Peruntukan subseksyen (1), selain perenggan (d), hendaklah terpakai mutatis mutandis kepada anggota silih ganti.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 15
Pengisian kekosongan