Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 10

(a)

diperiksa oleh mana-mana orang; atau

(b)

didapatkan oleh mana-mana orang daripada Pendaftar atau

Penolong Pendaftar:

Dengan syarat bahawa orang yang meminta pemeriksaan atau salinan itu menyatakan maksud yang dia berkehendakkannya dan

Pendaftar berpuas hati bahawa maksud itu ialah suatu maksud sah, dan bahawa pemeriksaan atau salinan itu tidak diminta oleh atau bagi pihak suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

(2)

Tiada seorang pun, selain seseorang yang Pendaftar berpuas hati menjadi anggota sesuatu pertubuhan, boleh memeriksa atau mendapatkan daripada Pendaftar atau Penolong Pendaftar akaun pertubuhan itu atau suatu salinan akaun itu.

Pertubuhan 25

(3)

Suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yang diterima di pejabat Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang diperakui sebagai salinan atau cabutan yang benar yang ditandatangani dan dimeterai oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sebagai sama sahnya dengan dokumen asal.

Perubahan nama, tempat urusan dan kaedah-kaedah pertubuhan