Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Akta ini boleh, apabila fi yang ditetapkan dibayar—
(a)
mengubah nama atau tempat urusannya; atau
(b)
meminda kaedah-kaedahnya, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Pendaftar, dan sesuatu permohonan bagi apa-apa perubahan, atau pindaan kepada kaedah-kaedahnya hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari dari tarikh keputusan untuk membuat perubahan atau pindaan itu.
(2)
Jika sesuatu pertubuhan berdaftar tidak mematuhi seksyen ini, pertubuhan itu dan tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.
(3)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
ungkapan “pinda” dan ungkapan seasalnya hendaklah termasuk sesuatu kaedah-kaedah baharu dan sesuatu ketetapan yang membatalkan sesuatu kaedah-kaedah;
dan
(b)
ungkapan “kaedah-kaedah” termasuklah matlamat dan tujuan yang kerananya sesuatu pertubuhan ditubuhkan, atau yang ia berusaha hendak meneruskan, atau yang kerananya kumpulan wangnya, atau mana-mana daripadanya, boleh digunakan, kelayakan bagi menjadi anggota dan bagi memegang apa-apa jawatan, kaedah pelantikan atau pemilihan bagi apa-apa jawatan, kaedah-kaedah yang dengannya pertubuhan itu akan ditadbirkan dan kaedah dan cara bagaimana mana-mana perkara di atas itu boleh dipinda.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
Cawangan pertubuhan