Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 12

(2)

Pendaftar boleh enggan memberi keizinan bagi penubuhan sesuatu cawangan pertubuhan berdaftar jika—

(a)

kaedah-kaedah pertubuhan itu tidak mengadakan peruntukan bagi penubuhan sesuatu cawangan pertubuhan itu; atau

(b)

kaedah-kaedah cawangan pertubuhan itu adalah sedemikian hingga menjadikan cawangan pertubuhan itu suatu pertubuhan yang bebas yang tiada ada di bawah kawalan pertubuhan itu dengan secukupnya.

(3)

Jika sesuatu pertubuhan berdaftar menubuhkan suatu cawangan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Pendaftar, cawangan yang ditubuhkan sedemikian hendaklah menjadi suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang:

Dengan syarat bahawa sesuatu cawangan bagi sesuatu pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan dan yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini tidaklah menjadi suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang jika dalam tempoh enam bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan, yang tidak lebih daripada tiga bulan, sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar, pertubuhan berdaftar itu membuat permohonan kepada Pendaftar secara bertulis bagi kelulusannya di bawah seksyen ini; dan dalam menimbangkan permohonan itu Pendaftar hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (2).

(4)

Peruntukan Akta ini, selain subseksyen 6(1), dan seksyen 7

dan 8, hendaklah terpakai bagi mana-mana cawangan sesuatu pertubuhan berdaftar yang diluluskan di bawah seksyen ini seolah-olah cawangan itu ialah suatu pertubuhan berdaftar di bawah peruntukan Akta ini, sebagaimana pertubuhan yang ia menjadi cawangan itu.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, sesuatu cawangan pertubuhan berdaftar termasuklah mana-mana pertubuhan yang mengikut apa-apa cara menjadi pertubuhan di bawah sesuatu pertubuhan lain.

Pertubuhan 27

(6)

Jika kelulusan untuk menubuhkan suatu cawangan telah diberikan, cawangan itu hendaklah ditubuhkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan itu melainkan jika Pendaftar telah memberikan pelanjutan masa.

Pembatalan dan penggantungan