Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 13

(a)

apabila pertubuhan dibubarkan oleh pertubuhan berdaftar itu yang hendaklah ditentusahkan mengikut apa-apa cara yang dikehendaki oleh Pendaftar atau apabila dibubarkan oleh Pendaftar mengikut Akta ini;

(b)

atas perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 5;

(c)

jika Pendaftar berpuas hati—

(i)

bahawa pendaftaran itu telah dibuat disebabkan oleh fraud atau kesilapan atau salah nyataan mengenai apa-apa butir yang material;

(ii)

bahawa pertubuhan berdaftar itu mungkin digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keadaan baik atau kemoralan di Malaysia;

(iii)

bahawa pertubuhan berdaftar itu meneruskan tujuan selain tujuan yang pertubuhan berdaftar itu didaftarkan;

(iv)

bahawa pertubuhan berdaftar itu telah dengan sengaja melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedahnya atau bahawa mana-mana anggota pertubuhan berdaftar itu telah pada lazimnya melanggar peruntukan subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 [Akta 15]

melalui apa-apa perbuatan atau sebutan yang baginya perenggan 3(1)(f) Akta itu terpakai;

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

(v)

bahawa pertubuhan berdaftar itu telah tidak lagi wujud;

(vi)

bahawa pertubuhan berdaftar itu telah tidak mematuhi sesuatu perintah yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen 13A;

(vii)

bahawa pertubuhan berdaftar itu telah tidak mematuhi peruntukan seksyen 2A;

(viii)

bahawa pertubuhan berdaftar itu telah melanggar peruntukan seksyen 52; atau

(ix)

bahawa pertubuhan berdaftar itu telah tidak mematuhi notis yang disampaikan oleh Pendaftar di bawah subeksyen 16(1); dan

(d)

apabila pertubuhan berdaftar itu menjadi pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah subseksyen 14(7)

kerana gagal memberikan maklumat bertulis.

(2)

Jika Pendaftar bercadang untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar di bawah perenggan (1)(c)

Pendaftar—

(a)

hendaklah memberitahu seorang pemegang jawatan pertubuhan itu atau lebih tentang niatnya untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan itu; dan

(b)

hendaklah memberinya atau mereka peluang untuk mengemukakan sebab secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu mengapa pendaftaran itu tidak patut dibatalkan.

(2A)

Pendaftar boleh, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b), melalui perintah secara bertulis menggantung semua atau mana-mana aktiviti pertubuhan berdaftar itu—

(a)

jika difikirkannya perlu berbuat demikian—

(i)

demi kepentingan awam; atau

(ii)

demi kepentingan pertubuhan berdaftar itu; atau

Pertubuhan 29

(b)

untuk menghalang pertubuhan berdaftar itu daripada terus melanggar atau mencabuli mana-mana peruntukan Akta ini, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah pertubuhan itu.

(2B)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2A)—

(a)

boleh mengandungi apa-apa syarat yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Pendaftar; dan

(b)

hendaklah terus berkuat kuasa sehingga perintah itu dibatalkan atau pendaftaran pertubuhan itu dibatalkan.

(2C)

Seseorang pemegang jawatan atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan sesuatu pertubuhan yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2A) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, dan jika kesalahan itu ialah kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda secara harian tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas hari yang pertama.

(3)

Jika Pendaftar membatalkan pendaftaran sesuatu pertubuhan berdaftar di bawah seksyen ini atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini, seksyen 17 hendaklah terpakai bagi pertubuhan berdaftar itu dan pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta.

Kuasa Pendaftar membuat perintah tertentu berkenaan dengan pertubuhan berdaftar