Malaysia legislation

Section 13A

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 13A

(a)

menghendaki pertubuhan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, mengadakan peruntukan dalam kaedah-kaedah atau perlembagaannya bahawa pemegang jawatan pertubuhan itu hendaklah merupakan warganegara, dan, seterusnya, menghendaki pertubuhan itu supaya memecat

30

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

daripada jawatan semua orang, yang bukan warganegara, yang merupakan pemegang jawatan pertubuhan itu sebaik sebelum perintah itu dibuat; atau

(b)

melarang pertubuhan itu daripada mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa gabungan, hubungan, komunikasi, atau urusan lain, dengan mana-mana pertubuhan, organisasi atau badan lain di luar Malaysia, atau dengan mana-mana pihak berkuasa, baik kerajaan atau selainnya, di dalam mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar

Malaysia.

(2)

Pendaftar boleh pada bila-bila masa, selepas memberi pertubuhan berdaftar suatu peluang untuk membuat representasi kepadanya, membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki pertubuhan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, meminda kaedah-kaedah atau perlembagaannya supaya—

(a)

kaedah-kaedah atau perlembagaan itu menuruti, atau selaras dengan dan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini;

(b)

menghapuskan apa-apa ketaksaan atau kekaburan, atau memperuntukkan maksud yang lebih jelas dan tepat dalam mana-mana peruntukan; atau

(c)

memperuntukkan apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Pendaftar perlu, munasabah atau suai manfaat untuk dikehendaki.

(3)

Jika Pendaftar membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) dia boleh memasukkan ke dalam perintah itu, atau membuat atau memberi pada bila-bila masa selepas membuat perintah itu, apa-apa kehendak atau arahan yang berbangkit atau tambahan berhubung dengan apa-apa perintah yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk dibuat atau diberikan.

(4)

Pendaftar boleh, atas permohonan secara bertulis yang dibuat kepadanya oleh pertubuhan berdaftar, melanjutkan masa yang telah diperuntukkan olehnya kepada pertubuhan itu dalam mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) jika dia berpuas hati bahawa pertubuhan itu telah memberikan alasan yang baik dalam permohonannya dan adalah patut dan wajar diberikan pelanjutan itu.

Pertubuhan 31

(5)

Bagi maksud subseksyen (1), “pemegang jawatan” termasuklah orang yang dinyatakan dalam perenggan 9A(7)(a) dan (b).

(6)

(Dipotong oleh Akta A557).

(7)

Mana-mana pertubuhan yang melanggar mana-mana perintah yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) atau (2)

atau apa-apa kehendak atau arahan yang dibuat atau diberikan olehnya di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.

Maklumat yang kena diberikan oleh pertubuhan, dsb.

Section 13A — SOCIETIES ACT 1966 (REVISED - 2021) | mylaw.my