Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
suatu salinan yang benar dan lengkap bagi apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah pertubuhan itu yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir;
(b)
suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota pertubuhan itu yang bermastautin atau yang berada di Malaysia pada tarikh penyata itu atau, jika pertubuhan itu tiada pemegang jawatan yang bermastautin atau yang berada di Malaysia, nama, alamat dan pekerjaan orang di Malaysia yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak pertubuhan itu dan bilangan anggotanya seperti yang disebut terdahulu bersama-sama dengan suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan bagi semua cawangan, jika ada, pertubuhan itu;
(c)
alamat atau tempat urusan pertubuhan itu;
(d)
akaun bagi tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan itu bersama-sama dengan kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan pada penutup tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan itu;
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(da) nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan, kesatuan sekerja atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar
Malaysia yang dengannya pertubuhan itu mengikut apa-apa cara bersekutu atau bergabung;
(db) perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau kelebihan kewangan yang diterima oleh pertubuhan itu daripada mana-mana orang yang lazimnya bermastautin di luar Malaysia atau apa-apa organisasi, pihak berkuasa, kerajaan, atau agensi mana-mana kerajaan, di luar
Malaysia; dan
(e)
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.
(2)
Pendaftar boleh, pada bila-bila masa melalui notis yang ditandatangani sendiri olehnya, memerintahkan mana-mana pertubuhan berdaftar supaya memberikan kepadanya secara bertulis—
(a)
suatu salinan yang benar dan lengkap kaedah-kaedah mana-mana pertubuhan itu yang berkuat kuasa pada tarikh perintah itu;
(b)
suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan anggota bagi mana-mana pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu yang bermastautin atau yang berada di Malaysia pada tarikh perintah itu;
(c)
suatu penyata yang benar dan lengkap bilangan mesyuarat yang telah diadakan oleh mana-mana pertubuhan itu atau cawangan pertubuhan itu di Malaysia dalam tempoh enam bulan sebaik sebelum perintah itu dengan menyatakan tempat mesyuarat itu diadakan;
(d)
akaun yang telah diaudit dengan sewajarnya;
(da) nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan, kesatuan sekerja atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar
Malaysia yang bergabung dengan pertubuhan itu dan butir-butir lain yang berhubungan dengan pertubuhan itu;
Pertubuhan 33
(db) perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau kelebihan kewangan yang diterima oleh pertubuhan itu daripada mana-mana orang yang lazimnya bermastautin di luar Malaysia atau apa-apa organisasi, pihak berkuasa, kerajaan, atau agensi mana-mana kerajaan, di luar
Malaysia dan butir-butir lain yang berhubungan dengan pertubuhan itu; atau
(e)
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.
(3)
Suatu perintah yang diberikan di bawah subseksyen (2)
hendaklah menyatakan masa, yang tidak kurang daripada tujuh hari, yang dalam masa itu maklumat itu hendaklah dibekalkan:
Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh menurut budi bicaranya, apabila permohonan dibuat kepadanya dan ditunjukkan sebab yang baik, memberikan pelanjutan masa.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “telah diaudit dengan sewajarnya”
ertinya telah diaudit oleh seorang juruaudit yang diluluskan oleh
Pendaftar, yang boleh memberikan kelulusan secara amnya atau bagi mana-mana audit tertentu; dan juruaudit yang diluluskan itu hendaklah membuat laporan tentang akaun yang diperiksa olehnya mengikut apa-apa bentuk yang dikehendaki oleh Pendaftar.
(5)
Jika butir-butir yang dikehendaki diberikan di bawah subseksyen (2) tidak diberikan dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang dibenarkan oleh
Pendaftar, Pendaftar boleh membuat suatu perintah sementara bagi pembubaran pertubuhan itu.
(6)
Jika sebelum habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah sementara itu butir-butir yang dikehendaki diberikan di bawah subseksyen (2) diberikan sedemikian, Pendaftar boleh membatalkan perintah itu.
(7)
Apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah sementara itu, atau jika ada sesuatu rayuan yang belum selesai, apabila rayuan itu ditolak, perintah itu hendaklah menjadi mutlak dan pertubuhan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan pendaftarannya hendaklah dibatalkan.
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(8)
Sesuatu pertubuhan berdaftar yang, atas alasan kegagalannya mematuhi suatu perintah di bawah seksyen ini, telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen 13 tidak berhak memohon bagi pendaftaran sehingga perintah itu telah dipatuhi atau melainkan jika dibuktikan hingga memuaskan hati Pendaftar bahawa adalah mustahil untuk mematuhi perintah itu.
Orang yang bertanggungjawab bagi membekalkan maklumat