Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 17

(a)

harta pertubuhan itu hendaklah dengan serta-merta terletak hak sama ada pada Ketua Pengarah Insolvensi atau jika mana-mana pegawai lain, mengikut terma perintah di bawah seksyen 5, dilantik oleh Menteri bagi maksud penggulungan hal ehwal pertubuhan itu, harta pertubuhan itu hendaklah dengan serta-merta terletak hak pada pegawai itu;

36

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

(b)

Ketua Pengarah Insolvensi atau pegawai lain itu hendaklah meneruskan penggulungan hal ehwal pertubuhan itu, dan setelah menyelesaikan dan mengadakan peruntukan bagi segala hutang dan liabiliti pertubuhan itu dan kos bagi penggulungan itu hendaklah membayarkan aset lebihan pertubuhan itu, jika ada—

(i)

ke dalam Kumpulan Wang Disatukan jika pendaftaran itu telah ditolak atau dibatalkan menurut kuasa perintah di bawah seksyen 5 atau atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 7(3)(a) atau subperenggan 13(1)(c)(ii) atau jika anggota pertubuhan itu meminta sedemikian, dan Menteri mengarahkan sedemikian supaya aset lebihan itu dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan; dan

(ii)

dalam segala hal lain, kepada anggota pertubuhan mengikut kaedah-kaedah pertubuhan itu, atau jika tiada kaedah-kaedah sedemikian, maka Ketua

Pengarah Insolvensi atau pegawai lain itu hendaklah menyediakan suatu skim bagi penggunaan aset lebihan itu untuk kelulusan Mahkamah Tinggi;

(c)

permohonan bagi kelulusan skim itu hendaklah dibuat melalui saman pemula dan boleh dipinda oleh Mahkamah mengikut cara yang difikirkannya patut mengikut hal keadaan kes itu;

(d)

apabila kelulusan Mahkamah terhadap skim atau skim yang dipinda itu diperoleh, aset lebihan itu, yang menjadi subjek skim itu hendaklah dipegang dan digunakan oleh

Ketua Pengarah Insolvensi atau pegawai lain itu mengikut terma dan bagi maksud yang ditetapkan dalam perintah

Mahkamah itu; dan

(e)

bagi maksud penggulungan hal ehwal pertubuhan itu, Ketua

Pengarah Insolvensi atau pegawai lain itu hendaklah mempunyai segala kuasa yang terletak hak pada Ketua

Pengarah Insolvensi melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan bagi maksud penemuan dan penyelesaian harta seseorang penghutang, dan juga apa-apa kuasa yang melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang terletak hak pada pelikuidasi rasmi dan segala

Pertubuhan 37

peruntukan undang-undang tersebut yang berhubungan dengan kebankrapan dan penggulungan syarikat, setakat yang peruntukan itu berhubung dengan penemuan dan penyelesaian harta seseorang penghutang dan penggulungan sesuatu syarikat, hendaklah mutatis mutandis, terpakai bagi penggulungan hal ehwal pertubuhan itu di bawah

Akta ini.

(2)

Pendaftar boleh menggantung kuat kuasa seksyen ini setakat dan selama tempoh yang difikirkannya suai manfaat.

(3)

Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi boleh menghendaki atau membenarkan badan pengelola pertubuhan itu, yang merupakan badan pengelola yang wujud sebaik sebelum mula berkuat kuasanya subseksyen (1) berhubung dengan pertubuhan itu, atau mana-mana anggota badan pengelola itu, atau mana-mana orang yang telah ketika itu atau pada bila-bila masa dahulunya menjadi pemegang jawatan, anggota atau pekerja pertubuhan itu, untuk memberikan kepada Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar atau

Ketua Pengarah Insolvensi, apa-apa maklumat berhubung dengan harta, hal ehwal, urusan, akaun atau buku pertubuhan itu, atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pertubuhan itu, yang mungkin dikehendaki bagi maksud seksyen ini, dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (4), badan pengelola itu, atau anggota badan pengelola itu, atau pemegang jawatan, anggota atau pekerja itu, tidaklah oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya menurut kehendak atau kebenaran itu melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, dengan syarat perkara itu dilakukan selainnya menurut undang-undang.

(4)

Jika badan pengelola pertubuhan itu, atau mana-mana anggota tertentu badan pengelola itu, atau mana-mana orang yang telah menjadi pemegang jawatan, anggota atau pekerja pertubuhan itu, pada bila-bila masa sebelum mula berkuat kuasanya subseksyen (1) berhubung dengan pertubuhan itu, tidak mematuhi apa-apa kehendak Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi di bawah subseksyen (3), atau melakukan apa-apa perkara di luar bidang, atau berlawanan dengan, apa-apa kebenaran Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi di bawah subseksyen (3), setiap anggota badan pengelola itu, atau anggota tertentu badan pengelola

38

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

itu, atau pemegang jawatan, anggota atau pekerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(5)

Bagi maksud subseksyen (3) dan (4), “pemegang jawatan”

termasuklah mana-mana orang yang disebut dalam perenggan 9A(7)(a), (b) dan (c).

(6)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa jika harta sesuatu pertubuhan terletak hak pada Ketua Pengarah

Insolvensi di bawah perenggan (1)(a), harta tiap-tiap cawangan pertubuhan itu, tidak kira sama ada ia merupakan suatu cawangan yang sah atau menyalahi undang-undang, hendaklah juga terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi, dan peruntukan perenggan (1)(b), (c), (d) dan (e), dan subseksyen (2), (3), (4) dan (5), hendaklah dengan demikian itu terpakai bagi tiap-tiap cawangan itu dan hartanya.

(7)

Bagi maksud subseksyen (3), (4), (5) dan (6), “Ketua

Pengarah Insolvensi” termasuklah, berhubung dengan suatu pertubuhan yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 5, mana-mana pegawai lain yang, mengikut terma perintah itu, telah dilantik oleh Menteri bagi maksud penggulungan hal ehwal pertubuhan itu.

Pemakaian seksyen 17 bagi cawangan yang menyalahi undang-undang