Malaysia legislation
Section 17A
Seksyen 17A
Jika cawangan sesuatu pertubuhan—
(a)
telah diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang melalui suatu perintah Menteri di bawah seksyen 5;
(b)
diberitahu oleh Pendaftar kepada Ketua Pengarah Insolvensi sebagai suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah perenggan 41(1)(c); atau
(c)
telah, selainnya, menjadi suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah subseksyen 41(1),
Pertubuhan 39
peruntukan seksyen 17 hendaklah terpakai bagi cawangan itu dan hartanya mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi sesuatu pertubuhan dan hartanya, dan sebutan dalam subseksyen 17(3)
dan (4) mengenai badan pengelola sesuatu pertubuhan hendaklah dalam hal yang sedemikian ditafsirkan dengan sewajarnya sebagai sebutan mengenai badan pengelola cawangan yang berkenaan, dan sebutan dalam subseksyen 17(6) mengenai cawangan sesuatu pertubuhan hendaklah dalam hal yang sedemikian ditafsirkan dengan sewajarnya sebagai sebutan mengenai cawangan yang di bawah cawangan yang berkenaan itu.
Peletakhakan harta pertubuhan yang pendaftarannya telah dibatalkan pada pertubuhan berdaftar yang baharu 17B. (1) Jika harta mana-mana pertubuhan telah terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi di bawah perenggan 17(1)(a), maka walau apa pun subperenggan 17(1)(b)(ii), Ketua Pengarah
Insolvensi boleh, jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
suatu pertubuhan lain telah didaftarkan di bawah Akta ini (selepas ini disebut “pertubuhan baharu”);
(b)
perlembagaan dan kaedah-kaedah pertubuhan baharu adalah pada matannya serupa dengan perlembagaan dan kaedah-kaedah pertubuhan berdaftar itu yang pendaftarannya telah dibatalkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 13
(selepas ini disebut “pertubuhan lama”); dan
(c)
majoriti orang yang menjadi anggota yang sah dalam pertubuhan lama sebaik sebelum pembatalan pendaftarannya ialah anggota pertubuhan baharu, memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah bagi meletakhakkan segala aset, hutang dan liabiliti pertubuhan lama itu dan semua cawangannya pada pertubuhan baharu, dengan syarat Ketua Pengarah Insolvensi telah mula-mulanya menerima permintaan bertulis dan keizinan badan pengelola pertubuhan baharu bagi peletakhakan itu dan suatu aku janji bertulis bahawa pertubuhan baharu itu akan mengambil alih tanggungjawab bagi segala hutang dan liabiliti pertubuhan lama yang sedia ada ketika itu, dan Mahkamah boleh, jika ia berpuas hati tentang segala perkara yang dinyatakan sebelum ini, meluluskan permohonan itu dengan apa-apa ubah suaian atau ubahan sebagaimana yang dikehendaki mengikut keadilan hal itu.
40
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(2)
Permohonan itu hendaklah dibuat melalui saman pemula yang hendaklah diiklankan melalui penyiaran dalam Warta dan dalam dua surat khabar, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam bahasa Inggeris, yang diedarkan di Malaysia, dan mana-mana orang yang mungkin terjejas atau terkilan dengan keputusan
Mahkamah atas sifatnya sebagai anggota sama ada pertubuhan lama atau pertubuhan baharu atau sebagai seorang pemiutang pertubuhan lama boleh memohon kepada Mahkamah untuk hadir dan membuat representasi mengenainya mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
[P.U. (A) 205/2012].
(3)
Mana-mana orang yang merupakan anggota yang sah dalam pertubuhan lama sebaik sebelum pembatalan pendaftarannya dan yang bukan seorang anggota dalam pertubuhan baharu yang tidak membantah terhadap permohonan Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah dilepaskan daripada segala liabiliti diri bagi segala hutang dan liabiliti pertubuhan lama dan semua cawangannya apabila perintah yang diminta oleh Ketua Pengarah Insolvensi itu dibuat.
(4)
(Dipotong oleh Akta A859).
(5)
Apabila suatu perintah peletakhakan dibuat oleh Mahkamah di bawah subseksyen (1), segala harta yang terkandung dalam perintah peletakhakan itu hendaklah terletak hak dengan sewajarnya pada pertubuhan baharu itu tanpa apa-apa pemindahhakan, pemindahan hakmilik atau penyerahhakan selanjutnya.
(6)
Walau apa pun permohonan di bawah subseksyen (1) belum selesai dalam Mahkamah, adalah sah bagi Ketua Pengarah Insolvensi untuk melakukan atau mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk menguruskan apa-apa harta atau melepaskan hutang dan liabiliti pertubuhan lama seolah-olah permohonan itu telah tidak dibuat.
(7)
Jika Mahkamah meluluskan permohonan di bawah subseksyen
(1)
dengan atau tanpa ubah suaian atau ubahan, Ketua Pengarah
Insolvensi hendaklah menyiarkan keputusan itu dalam Warta dan dalam dua surat khabar, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam bahasa Inggeris, yang diedarkan di Malaysia, dan sesudah itu Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah terlepas sepenuhnya daripada segala tanggungjawab dan liabilitinya dalam perkara itu.
Pertubuhan 41
(8)
Segala kos dan belanja yang dilakukan oleh Ketua Pengarah
Insolvensi dalam perkara itu hendaklah dibayar daripada aset pertubuhan lama dan semua cawangannya, dengan diberi keutamaan mengatasi segala hutang dan liabiliti lain.
(9)
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang ada sebaik sebelum penyiaran dalam Warta keputusan
Mahkamah yang meluluskan permohonan Ketua Pengarah Insolvensi di bawah subseksyen (1), hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada pertubuhan baharu dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesannya seolah-olah, sebagai ganti pertubuhan lama, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak pertubuhan lama itu, pertubuhan baharu telah dinamakan dalam permohonan itu atau telah menjadi suatu pihak dalam permohonan itu.
(10)
Peruntukan subseksyen 17(3), (4) dan (5) hendaklah terpakai berhubung dengan seksyen ini mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai berhubung dengan seksyen 17.
Rayuan