Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Mana-mana pertubuhan tempatan atau pemegang jawatan atau anggota pertubuhan tempatan itu atau mana-mana orang lain yang terkilan dengan keputusan Pendaftar dalam mana-mana hal yang berikut:
(a)
pembatalan pendaftaran pertubuhan di bawah seksyen 2A;
(b)
keengganan mendaftarkan pertubuhan itu di bawah seksyen 7;
(c)
keengganan memberi pengecualian di bawah subseksyen 9A(4) kepada orang yang hilang kelayakan untuk memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar;
(d)
keengganan meluluskan penukaran nama atau tempat urusan pertubuhan itu, atau pindaan kepada kaedah-kaedahnya di bawah seksyen 11;
(e)
keengganan meluluskan penubuhan sesuatu cawangan pertubuhan di bawah seksyen 12;
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(f)
pembatalan pendaftaran pertubuhan di bawah seksyen 13;
(g)
perintah yang melarang bukan warganegara daripada memegang jawatan dalam suatu pertubuhan atau yang melarang gabungan, hubungan, komunikasi atau urusan lain dengan mana-mana pertubuhan di luar Malaysia dan perkara lain yang dinyatakan dalam subseksyen 13A(1);
(h)
perintah supaya meminda kaedah-kaedah atau perlembagaan di bawah subseksyen 13A(2);
(i)
keengganan meluluskan seorang juruaudit atau meluluskan seseorang juruaudit di bawah subseksyen 14(4) yang tidak diterima oleh pertubuhan;
(j)
pembuatan suatu perintah sementara bagi membubarkan pertubuhan di bawah subseksyen 14(5);
(k)
pembatalan pendaftaran suatu pertubuhan berdaftar di bawah seksyen 16 kerana gagal menyelesaikan pertikaian dalam pertubuhan; atau
(l)
keengganan memberi kebenaran di bawah seksyen 49
untuk menjadi seorang pemegang jawatan, boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan Pendaftar itu, merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri; dan Menteri boleh mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan Pendaftar itu, dan keputusan Menteri itu adalah muktamad.
BAHAGIAN IA
PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI PARTI POLITIK
SAHAJA
Pemakaian Bahagian I dan III