Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Sekatan ke atas pendaftaran pertubuhan faedah bersama
(a)
sesuatu faedah yang melebihi dua ribu ringgit bagi mana-mana satu hal;
*CATATAN—Akta Insurans 1963 [Akta 89] telah dimansuhkan oleh Akta Insurans 1996 [Akta 553]
dan kemudiannya dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang mula berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat P.U. (B) 276/2013 kecuali seksyen 129 dan Jadual 9,
1 Januari 2015—lihat P.U. (B) 552/2014.
Pertubuhan 45
(b)
kemasukan seseorang anggota atau peyuran yang berumur lebih daripada enam puluh tahun, melainkan jika anggota itu menginsuranskan seorang lain yang berumur tidak lebih daripada enam puluh tahun; atau
(c)
kemasukan seseorang anggota atau peyuran yang tidak tinggal di dalam kawasan sesuatu bandar di Malaysia yang pertubuhan itu bercadang hendak menjalankan urusannya:
Dengan syarat bahawa jika sesuatu pertubuhan faedah bersama ditubuhkan di suatu tempat kerja yang tertentu bagi faedah anggota atau peyurannya, pertubuhan itu berhak didaftarkan walaupun kaedah-kaedah pertubuhan itu mengadakan peruntukan bagi kemasukan anggota atau peyuran yang tinggal di luar kawasan bandar yang pertubuhan itu bercadang hendak menjalankan urusannya;
atau melainkan jika jadual caruman yang akan dibayar oleh anggota pertubuhan faedah bersama itu dan kaedah-kaedahnya yang mengawal faedah yang kena dibayar kepada anggotanya, jagaan, pelaburan dan penilaian berkala barang-barang, aset dan liabilitinya yang diperakui oleh seorang aktuari yang diluluskan oleh Menteri dihantar kepada Pendaftar bersama-sama dengan permohonan bagi pendaftaran.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “bandar” termasuklah mana-mana kampung, mukim, perbandaran atau bandar raya.
Keanggotaan orang belum dewasa