Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Tiada seorang pun anggota atau peyuran bagi sesuatu pertubuhan berdaftar boleh menamakan sebagai orang yang akan menerima faedah yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah pertubuhan itu seseorang selain suami, isteri, anak (termasuk anak angkat), cucu, ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua, menantu, saudara seibu dan sebapa, saudara seibu atau sebapa, anak kepada saudara seibu dan sebapa atau anak kepada saudara seibu atau sebapa, bapa atau ibu saudara seibu dan sebapa, bapa atau ibu saudara seibu atau sebapa atau anak kepada bapa atau ibu saudara seibu dan sebapa atau anak kepada bapa atau ibu saudara seibu atau sebapa kepada anggota atau peyuran itu:
Dengan syarat bahawa seseorang anggota atau peyuran boleh menamakan mana-mana orang lain secara bertulis yang ditandatangani olehnya sendiri di hadapan dan diaku saksi oleh seorang Jaksa
Pendamai atau seorang Majistret atau Pendaftar.
Kedahuluan apabila pemegang jawatan mati, menjadi bankrap, dsb.