Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Dalam hal yang berikut, iaitu:
(a)
apabila seseorang pemegang jawatan pertubuhan berdaftar mati atau menjadi bankrap yang ada dalam milikannya oleh sebab jawatannya apa-apa wang atau harta yang dipunyai oleh pertubuhan itu; atau
(b)
jika apa-apa pelaksanaan, penahanan atau proses lain dikeluarkan atau apa-apa tindakan diambil terhadap pemegang jawatan itu atau terhadap hartanya, waris, wasi atau pentadbirnya atau Ketua Pengarah Insolvensi atau Bailif Mahkamah Tinggi atau orang lain yang melaksanakan proses itu atau pihak yang mengambil tindakan itu hendaklah, apabila dituntut secara bertulis oleh pemegang amanah pertubuhan berdaftar itu atau mana-mana dua orang daripada mereka itu atau
Pertubuhan 47
mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pertubuhan berdaftar itu untuk membuat tuntutan itu, membayar wang itu dan menyerahkan harta itu kepada pemegang amanah pertubuhan berdaftar itu dahulu daripada membayar apa-apa hutang atau tuntutan lain terhadap harta pusaka pemegang jawatan itu.
Pelantikan pemegang amanah