Malaysia legislation

Section 26

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 26

(2)

Juruaudit hendaklah mempunyai akses kepada semua buku dan akaun pertubuhan berdaftar itu dan hendaklah memeriksa penyata tahunan yang dikehendaki oleh Akta ini dan menentusahkan penyata tahunan itu dengan membandingkannya dengan akaun dan baucar yang berhubungan dengan penyata tahunan itu dan hendaklah sama ada menandatangani penyata tahunan itu yang didapatinya betul, disokong dengan sewajarnya dan mengikut undang-undang dan kaedah-kaedah pertubuhan berdaftar itu atau hendaklah khasnya melaporkan kepada pertubuhan berdaftar itu perkara yang didapatinya tidak betul, tidak disokong, atau tidak mengikut undang-undang.

48

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

Permintaan bagi maklumat dan pemeriksaan buku dan dokumen oleh Pendaftar