Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Tiap-tiap pertubuhan berdaftar hendaklah, jika diminta secara bertulis oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar, mengemukakan bagi pemeriksaannya—
(a)
dokumen hakmilik bagi apa-apa harta yang dipegang oleh pertubuhan itu;
(b)
semua buku akaun dan daftar keanggotaan pertubuhan itu; dan
(c)
apa-apa minit prosiding pertubuhan itu atau rekod bertulis lain pertubuhan itu.
(3)
Setiausaha pertubuhan berdaftar hendaklah, apabila notis disampaikan kepada pertubuhan itu oleh Pendaftar atau Penolong
Pendaftar, memberi kuasa secara bertulis kepada bank yang akaun pertubuhan itu disimpan supaya menzahirkan kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu akaun pertubuhan itu dan dokumen yang bersangkutan dengannya.
Hak membekalkan salinan kaedah-kaedah