Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“faedah” ertinya pembayaran yang dibuat oleh sesuatu pertubuhan faedah bersama bagi bantuan atau nafkah bagi anggota atau peyuran atau apabila ada kelahiran atau kematian mengikut kaedah-kaedah pertubuhan faedah bersama itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
“parti politik” ertinya—
(a)
mana-mana pertubuhan yang menurut mana-mana tujuan atau kaedahnya, tidak kira sama ada tujuan atau kaedah itu merupakan tujuan atau kaedah utamanya, atau semata-mata merupakan tujuan atau kaedah yang menjadi tambahan kepada tujuan atau tujuan-tujuan utamanya atau kepada kaedah atau kaedah-kaedah utamanya, mengadakan peruntukan bagi pertubuhan itu menyertai, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri, atau ke pihak berkuasa tempatan, atau mengadakan peruntukan baginya mengusahakan pelantikan atau pemilihan ke Dewan
Negara seseorang yang dicadangkan atau disokong olehnya; atau
(b)
mana-mana pertubuhan yang, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam tujuan atau kaedah-kaedahnya, menjalankan apa-apa aktiviti atau meneruskan apa-apa tujuan yang melibatkan penyertaannya, melalui calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan
Undangan Negeri, atau ke pihak berkuasa tempatan, atau yang melibatkan ia mengusahakan pelantikan atau pemilihan ke Dewan Negara seseorang yang dicadangkan atau disokong olehnya;
“pemegang jawatan”, berhubung dengan sesuatu pertubuhan, ertinya mana-mana orang yang menjadi yang dipertua, naib yang dipertua, setiausaha atau bendahari pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu, atau yang menjadi anggota jawatankuasa atau badan pengelola pertubuhan itu, atau mana-mana cawangan pertubuhan itu atau yang memegang dalam pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu apa-apa jawatan atau kedudukan yang sama dengan mana-mana yang tersebut di atas;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Pertubuhan yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah mana-mana Timbalan Pendaftar
Pertubuhan yang dilantik di bawah seksyen yang sama;
“Penolong Pendaftar” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik sebagai seorang Penolong Pendaftar Pertubuhan di bawah seksyen 3;
Pertubuhan 11
“pertubuhan” termasuklah mana-mana kelab, syarikat, perkongsian, atau persatuan tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal, yang mengandungi tujuh orang atau lebih tetapi tidak termasuk—
(a)
mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang sedang berkuat kuasa di Malaysia;
(b)
mana-mana syarikat atau persatuan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(c)
mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kesatuan sekerja yang sedang berkuat kuasa di Malaysia;
(d)
mana-mana syarikat, persatuan atau perkongsian yang dibentuk bagi maksud semata-mata menjalankan apa-apa urusan yang sah yang mempunyai tujuan untuk memperoleh keuntungan oleh syarikat, persatuan atau perkongsian itu, atau oleh anggota perseorangan syarikat, persatuan atau perkongsian itu;
(e)
mana-mana koperasi, yang didaftarkan sedemikian, di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(f)
mana-mana organisasi atau persatuan yang berkenaan dengannya pada masa ini berkuat kuasa suatu perakuan
(yang boleh diberikan, ditolak, atau dibatalkan menurut budi bicaranya) oleh seseorang atau sesuatu pihak berkuasa yang dilantik di bawah peruntukan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran sekolah bahawa organisasi atau persatuan itu menjadi sebahagian daripada kurikulum sesuatu sekolah;
atau
(g)
mana-mana sekolah, jawatankuasa pengurusan sesuatu sekolah, persatuan ibu bapa atau persatuan ibu bapa dan guru yang didaftarkan atau dikecualikan daripada pendaftaran di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang mengawal selia sekolah;
“pertubuhan berdaftar” ertinya mana-mana pertubuhan yang pada masa ini didaftarkan di bawah seksyen 7;
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
“pertubuhan faedah bersama” ertinya mana-mana pertubuhan yang menurut tujuan atau kaedahnya sama ada sebagai tujuan utama atau sebagai tujuan tambahan, mengadakan peruntukan melalui yuran sukarela daripada anggota pertubuhan itu atau peyuran kepada pertubuhan itu sama ada berserta dengan bantuan derma atau tidak bagi—
(a)
bantuan atau nafkah anggota atau peyurannya, suami, isteri, anak, bapa, ibu, saudara lelaki, saudara perempuan, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan atau peliharaan mereka, semasa sakit atau kelemahan lain, sama ada pada badan atau otak, pada masa tua atau pada masa menjadi balu atau bagi bantuan atau nafkah anak yatim anggota atau peyuran dalam masa belum dewasa;
(b)
pembayaran wang apabila lahir anak seseorang anggota atau peyuran atau apabila mati seseorang anggota atau peyuran atau apabila mati anak, suami, isteri, ibu atau bapa, atau datuk atau nenek seseorang anggota atau peyuran atau apabila mati mana-mana orang lain atau bagi belanja pengebumian anggota atau peyuran atau anak, suami, atau isteri seseorang anggota atau peyuran atau balu seseorang anggota atau peyuran yang telah mati; atau
(c)
bantuan atau nafkah anggota atau peyuran apabila menganggur atau apabila dalam keadaan menderita;
“pertubuhan tempatan” ertinya mana-mana pertubuhan yang diatur dan ditubuhkan di Malaysia atau yang mempunyai ibu pejabat atau tempat utama urusannya di Malaysia, dan termasuklah mana-mana pertubuhan yang disifatkan ditubuhkan di Malaysia menurut kuasa seksyen 4;
“yuran” ertinya yuran yang dibayar oleh seseorang anggota atau peyuran kepada sesuatu pertubuhan faedah bersama dan jika sesuatu pertubuhan faedah bersama menjalankan aktiviti selain aktiviti bagi pertubuhan faedah bersama ertinya yuran yang dibayar oleh anggota atau peyuran itu bagi maksud mendapat faedah yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah pertubuhan itu.
Pertubuhan 13
Pertubuhan berdaftar hendaklah bertindak melaksanakan
Perlembagaan