Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Yuran dan faedah
(2)
Segala yuran yang dibayar oleh anggota atau peyuran, di bawah kaedah-kaedah mana-mana pertubuhan berdaftar, dalam tempoh yang anggota atau peyuran itu memperoleh kelayakan bagi mendapat faedah yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah pertubuhan itu, setelah ditolak jumlah yang tidak melebihi peratus yang ditetapkan yang dibenarkan bagi pentadbiran dan apa-apa belanja lain, hendaklah dibayar ke dalam Bank Simpanan Nasional atau disimpan sebagai deposit dengan suatu bank daripada Malaysia
Exchange Banks Association atas nama pertubuhan itu atau dengan kelulusan Pendaftar digunakan bagi memperoleh harta tak alih dan kumpulan wang itu hendaklah menjadi kumpulan wang rizab pertubuhan itu.
(3)
Yuran yang diterima daripada anggota atau peyuran pertubuhan berdaftar, yang telah memperoleh kelayakan bagi mendapat faedah di bawah kaedah-kaedah pertubuhan itu, setelah ditolak jumlah yang tidak melebihi peratus yang ditetapkan yang dibenarkan bagi pentadbiran dan apa-apa belanja lain, hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun asing atas nama pertubuhan itu
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
dalam Bank Simpanan Nasional atau dalam suatu bank daripada
Malaysia Exchange Banks Association dan pertubuhan itu boleh mengeluarkan wang daripada kumpulan wang ini bagi maksud membayar faedah yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah pertubuhan itu.
(4)
Lima puluh peratus daripada kumpulan wang pertubuhan berdaftar yang tidak dikehendaki dengan segera bagi membayar faedah bolehlah dilaburkan dalam sekuriti pemegang amanah, atau dengan kelulusan Pendaftar atas apa-apa syarat yang dikenakan olehnya, bagi membeli tanah.
(5)
Tiada pembayaran apa-apa wang yang kena dibayar akibat kematian seseorang boleh dibuat oleh pertubuhan itu kecuali apabila dikemukakan perakuan kematian asal atau suatu salinan terperaku perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Kematian atau, dalam hal seseorang yang mati di luar Malaysia, perakuan kematian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan di tempat orang itu mati:
Dengan syarat bahawa jika tiada penama telah dilantik, pembayaran bolehlah dibuat kepada wakil diri anggota atau peyuran yang mati itu apabila dikemukakan surat kuasa mentadbir atau probet wasiat anggota atau peyuran yang mati itu.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “Malaysia Exchange Banks
Association” ertinya suatu pertubuhan yang didaftarkan dengan nama itu di bawah Akta ini.
Hak, dll., pertubuhan berdaftar tidak terjejas oleh perubahan nama