Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(a)
melantik seorang inspektor atau inspektor-inspektor untuk memeriksa dan membuat laporan berkenaan dengan hal ehwal pertubuhan itu; atau
(b)
memanggil suatu mesyuarat khas pertubuhan itu.
(2)
Permohonan yang dibuat oleh anggota di bawah seksyen ini hendaklah disokong oleh keterangan yang menunjukkan bahawa pemohon itu mempunyai sebab yang baik bagi menghendaki suatu pemeriksaan dijalankan atau suatu mesyuarat khas dipanggil, dan bahawa mereka tidak didorong oleh motif berniat jahat dalam permohonan mereka; dan Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya suatu notis mengenai permohonan itu diberikan kepada pertubuhan berdaftar itu.
(3)
Pendaftar boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki pemohon itu supaya memberi cagaran bagi kos pemeriksaan atau mesyuarat khas yang dicadangkan itu sebelum melantik mana-mana inspektor atau memanggil mesyuarat itu.
(4)
Segala belanja bagi dan bersampingan dengan atau bagi memulakan apa-apa pemeriksaan atau mesyuarat hendaklah dibayar oleh anggota yang membuat permohonan bagi pemeriksaan atau mesyuarat itu atau daripada kumpulan wang pertubuhan itu atau oleh anggota atau pemegang jawatan atau bekas anggota atau bekas pemegang jawatan pertubuhan itu mengikut apa-apa kadar yang diarahkan oleh Pendaftar.
(5)
Seseorang inspektor yang dilantik di bawah seksyen ini boleh menghendaki supaya kesemua atau mana-mana buku dan dokumen pertubuhan itu dikemukakan dan boleh memeriksa atas sumpah pemegang jawatan, anggota, ejen dan pekhidmatnya berhubung dengan urusan pertubuhan itu dan boleh mengendalikan sumpah itu dengan sewajarnya.
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(6)
Pendaftar boleh mengarahkan bila dan di mana suatu mesyuarat khas di bawah seksyen ini akan diadakan dan apa-apa hal yang hendak dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat itu, dan mesyuarat itu hendaklah disifatkan sebagai suatu mesyuarat yang dipanggil mengikut kaedah-kaedah pertubuhan itu dan mereka yang hadir dan berhak mengundi hendaklah dalam segala hal mempunyai kuasa melantik Pengerusi, walaupun ada mana-mana kaedah pertubuhan itu yang berlawanan.
Pembubaran pertubuhan berdaftar