Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Jika sesuatu pertubuhan berdaftar ditamatkan melalui suatu surat cara pembubaran, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
(a)
surat cara itu hendaklah menyatakan—
(i)
liabiliti dan aset pertubuhan berdaftar itu secara terperinci;
(ii)
bilangan anggota dan peyuran dan jenis kepentingan mereka dalam pertubuhan itu; dan
(iii)
penguntukan atau pembahagian yang dicadangkan mengenai kumpulan wang dan harta pertubuhan itu, melainkan jika penguntukan atau pembahagian itu dinyatakan dalam surat cara pembubaran sebagai terpulang kepada Pendaftar bagi menetapkannya;
Pertubuhan 53
(b)
suatu akuan berkanun yang dibuat oleh salah seorang pemegang amanah atau oleh tiga orang anggota dan setiausaha pertubuhan itu bahawa peruntukan Akta ini telah dipatuhi hendaklah dihantar kepada Pendaftar bersama-sama dengan surat cara pembubaran itu;
(c)
surat cara itu tidak boleh mengarahkan atau mengandungi apa-apa peruntukan bagi pembahagian atau penguntukan kumpulan wang pertubuhan itu atau apa-apa bahagiannya, selain bagi maksud melaksanakan tujuan pertubuhan itu sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah-kaedahnya, melainkan jika tuntutan tiap-tiap anggota atau orang yang menuntut apa-apa bantuan, anuiti atau faedah lain daripada kumpulan wangnya ditunaikan dengan sewajarnya terlebih dahulu atau peruntukan yang cukup ada dibuat bagi menunaikan tuntutan itu;
(d)
surat cara pembubaran itu hendaklah didaftarkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta ini bagi pendaftaran pindaan kaedah-kaedah, dan hendaklah mengikat semua anggota pertubuhan itu; dan
(e)
Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya pembubaran itu disiarkan dalam Warta dan jika dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiaran itu dalam Warta, seseorang anggota atau peyuran atau orang lain yang mempunyai kepentingan mengenai atau yang ada apa-apa tuntutan ke atas kumpulan wang pertubuhan itu tidak memulakan apa-apa prosiding untuk mengetepikan pembubaran pertubuhan itu, dan oleh itu pembubaran itu tidak diketepikan, pertubuhan itu hendaklah disifatkan telah dibubarkan dari tarikh penyiaran itu dalam Warta; dan persetujuan yang perlu dalam surat cara pembubaran itu hendaklah disifatkan telah didapati dengan sewajarnya tanpa bukti mengenai tandatangan dalamnya.
Pembubaran oleh Pendaftar