Malaysia legislation

Section 40

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 40

(a)

seseorang anggota atau peyuran atau seseorang yang menuntut melalui seseorang anggota atau seseorang peyuran atau di bawah kaedah-kaedah sesuatu pertubuhan berdaftar dengan pertubuhan itu atau seseorang pemegang jawatan pertubuhan itu; dan

(b)

mana-mana orang yang terkilan yang terhenti menjadi anggota sesuatu pertubuhan berdaftar atau mana-mana orang yang menuntut melalui orang yang terkilan itu, dengan pertubuhan itu atau seseorang pemegang jawatan pertubuhan itu,

56

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

hendaklah diputuskan mengikut cara yang diarahkan oleh kaedah-kaedah pertubuhan berdaftar itu; dan keputusan yang diberikan sedemikian hendaklah mengikat dan konklusif ke atas semua pihak tanpa rayuan, dan tidak boleh dibawa kepada mana-mana mahkamah atau ditahan melalui injunksi, dan permohonan bagi penguatkuasaan keputusan itu boleh dibuat kepada Mahkamah

Sesyen.

(2)

Pihak-pihak dalam sesuatu pertikaian yang melibatkan sesuatu pertubuhan berdaftar boleh melalui persetujuan merujukkan pertikaian itu kepada Pendaftar.

(3)

Pendaftar yang kepadanya sesuatu pertikaian dirujukkan hendaklah sama ada olehnya sendiri atau oleh mana-mana Penolong

Pendaftar, mendengar dan memutuskan pertikaian itu dan hendaklah mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya belanja bagi memutuskan pertikaian itu dibayar sama ada daripada kumpulan wang pertubuhan itu atau oleh mana-mana pihak dalam pertikaian itu sebagaimana yang difikirkannya patut; dan pemutusannya atau perintahnya hendaklah mempunyai kesan yang sama dan boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti suatu keputusan yang dibuat mengikut cara yang diarahkan oleh kaedah-kaedah pertubuhan itu.

(4)

Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang kepadanya sesuatu pertikaian dirujukkan boleh mengendalikan sumpah dan boleh menghendaki supaya semua pihak yang berkenaan dan saksi hadir, dan supaya semua buku dan dokumen yang berhubungan dengan perkara yang dipersoalkan itu dikemukakan.