Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 41

(a)

sesuatu pertubuhan atau sesuatu cawangan yang telah diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang oleh

Menteri di bawah seksyen 5;

Pertubuhan 57

(b)

sesuatu pertubuhan atau sesuatu cawangan yang tidak didaftarkan di bawah seksyen 7;

(c)

sesuatu cawangan sesuatu pertubuhan berdaftar, jika cawangan itu telah ditubuhkan dengan melanggar subseksyen 12(1), atau terus wujud dengan melanggar proviso kepada subseksyen 12(3);

(d)

sesuatu pertubuhan atau sesuatu cawangan pertubuhan itu yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 2A, 13, 14 atau 16.

(2)

Jika sesuatu pertubuhan adalah menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (1), atau pendaftarannya dibatalkan di bawah

Akta ini, tiap-tiap cawangan pertubuhan itu hendaklah dengan serta-merta selepas itu menjadi menyalahi undang-undang dan kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya hendaklah disifatkan terbatal, dan jika cawangan sesuatu pertubuhan adalah menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (1) atau kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya disifatkan terbatal di bawah subseksyen ini, tiap-tiap cawangan yang di bawah cawangan itu hendaklah dengan serta-merta selepas itu menjadi menyalahi undang-undang dan kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya hendaklah disifatkan terbatal.

Penalti ke atas pemegang jawatan, dsb., pertubuhan yang menyalahi undang-undang