Malaysia legislation

Section 43

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 43

Penalti ke atas anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang

Mana-mana orang yang menjadi atau bertindak sebagai seorang anggota bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang atau menghadiri sesuatu mesyuarat bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang atau yang membayar wang atau

58

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

memberikan apa-apa bantuan kepada atau bagi maksud sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.