Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Orang yang membenarkan pertubuhan yang menyalahi undang-undang dalam premis
Mana-mana orang yang dengan diketahuinya membenarkan sesuatu mesyuarat bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, atau bagi anggota sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, diadakan di mana-mana rumah, bangunan atau tempat yang dipunyai atau dihuni atau dikawal olehnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Penalti kerana menghasut, dsb., seseorang supaya menjadi seorang anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang