Malaysia legislation

Section 47

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 47

Menyiarkan, dsb., dakyah pertubuhan yang menyalahi undang-undang

Mana-mana orang yang mencetak, menyiarkan, mempamerkan, menjual atau mendedahkan untuk jualan, atau menghantarkan melalui pos atau yang, tanpa kuasa atau sebab yang sah, ada dalam milikannya apa-apa pelekat, surat khabar, buku, pekeliling, pernyataan bergambar atau apa-apa dokumen atau tulisan lain atau yang dikeluarkan atau yang nampaknya dikeluarkan oleh atau bagi pihak atau bagi kepentingan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya, dan apa-apa buku, terbitan berkala, risalah, poster, perisytiharan, surat khabar, surat atau apa-apa dokumen atau tulisan lain yang berkenaan dengannya orang itu telah disabitkan hendaklah dilucuthakkan.