Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 4

Sesuatu pertubuhan hendaklah disifatkan ditubuhkan di Malaysia, walaupun ia diatur dan mempunyai ibu pejabat atau tempat utama urusannya di luar Malaysia, jika mana-mana pemegang jawatannya

Pertubuhan 15

atau anggotanya bermastautin atau berada di Malaysia, atau jika mana-mana orang di Malaysia menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan itu atau mendapatkan atau memungut wang atau yuran bagi pihak pertubuhan itu:

Dengan syarat bahawa tiada pertubuhan boleh disifatkan sebagai ditubuhkan sedemikian jika dan selagi—

(a)

ia diatur dan beroperasi keseluruhannya di luar Malaysia;

(b)

tiada pejabat, tempat urusan atau tempat mesyuarat disenggarakan atau digunakan di Malaysia oleh pertubuhan itu atau oleh mana-mana orang bagi pihaknya;

(c)

tiada daftar mengenai semua atau mana-mana anggota pertubuhan itu disimpan di Malaysia; dan

(d)

tiada yuran dipungut atau didapatkan di Malaysia oleh pertubuhan itu atau oleh mana-mana orang bagi pihaknya.

Kuasa Menteri mengisytiharkan pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang