Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
(a)
yang boleh dihukum dengan denda atau pemenjaraan telah dilakukan sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengan kesalahan itu; dan
(b)
telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh mana-mana pertubuhan atau atas nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan itu atau tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan itu pada masa kesalahan itu dilakukan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang bagi kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati Mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
(2)
Mana-mana pemegang jawatan atau orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan itu boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia mungkin tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.
(3)
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen (1)
terhadap seseorang pemegang jawatan atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan sesuatu pertubuhan, apa-apa dokumen yang ditemui dalam milikan seseorang pemegang jawatan pertubuhan itu atau seseorang yang membantu dalam pengurusan pertubuhan itu atau dalam milikan seseorang anggota pertubuhan itu atau yang ditemui dalam mana-mana
62
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
tempat yang dipajak, disewa, dipinjam, digunakan atau dikawal oleh pertubuhan itu adalah menjadi keterangan prima facie tentang kandungan dokumen itu bagi maksud membuktikan bahawa apa-apa jua telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan itu.
Pertubuhan yang menggunakan upacara kongsi gelap disifatkan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang