Malaysia legislation

Section 52

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 52

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), upacara kongsi gelap ertinya apa-apa upacara yang biasanya digunakan oleh pertubuhan kongsi gelap, apa-apa upacara yang begitu menyerupai mana-mana upacara itu dan mana-mana bahagian daripada upacara itu.

(3)

Mana-mana orang yang menjadi atau bertindak sebagai anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau menghadiri mesyuarat pertubuhan itu atau didapati memiliki, atau ada dalam jagaan atau kawalannya, apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, sepanduk atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di Malaysia atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit.

Penalti kerana salah guna wang atau harta pertubuhan berdaftar