Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
Anggapan
(a)
jika dibuktikan bahawa sesuatu kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan wujud, hendaklah dianggap bahawa kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan itu ialah suatu pertubuhan mengikut pengertian Akta ini melainkan jika dibuktikan sebaliknya;
(b)
tidaklah perlu bagi pihak pendakwa membuktikan bahawa suatu pertubuhan mempunyai nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau biasanya dikenali dengan suatu nama yang tertentu; dan
(c)
jika suatu pertubuhan dikatakan sebagai suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, beban pembuktian yang ia ialah suatu pertubuhan berdaftar, atau yang ia bukan suatu pertubuhan tempatan, hendaklah terletak ke atas orang yang dipertuduh itu.
Pertubuhan 65
Anggapan mengenai keanggotaan, dsb., pertubuhan