Malaysia legislation

Section 56

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 56

(2)

Jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, sepanduk atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan didapati—

(a)

ada dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu membantu dalam pengurusan pertubuhan itu; dan

(b)

tersembunyi dalam mana-mana premis hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa yang tersebut itu ada dalam milikan penghuni premis itu.

(3)

Apabila didapati oleh Mahkamah bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana tempat yang dimasuki atau digeledah di bawah mana-mana kuasa yang sah yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini sebaik sebelum atau pada masa kemasukan itu, digunakan oleh atau bagi maksud sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, mana-mana orang yang dijumpai di tempat tersebut pada masa penggeledahan itu atau yang didapati meninggalkan tempat itu sebaik sebelum atau pada masa kemasukan itu, hendaklah, melainkan jika dia memberikan penjelasan yang memuaskan hati mengenai sebab bagi kehadirannya di tempat tersebut, dianggap sebagai seorang anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Keterangan pakar