Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
Akta 832
(a)
tiada saksi boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama dan alamat mana-mana pemberi maklumat di bawah Akta ini atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat itu diketahui; dan
(b)
jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat itu diketahui,
Mahkamah atau Majistret hendaklah menyebabkan supaya semua petikan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui tetapi tidak lebih daripada itu:
Pertubuhan 67
Dengan syarat bahawa jika dalam mana-mana prosiding jenayah di bawah Akta ini Mahkamah berpuas hati setelah siasatan penuh dijalankan tentang kes itu, bahawa penguatkuasaan dengan sepenuhnya peruntukan seksyen ini mungkin menyebabkan salah laksana keadilan, Mahkamah boleh menghendaki pengemukaan maklumat yang asal dan boleh membenarkan sesuatu siasatan dan boleh menghendaki penzahiran sepenuhnya kepada Mahkamah berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Pelucuthakan