Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Tiap-tiap saman, notis atau dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sah dan sempurna, jika disampaikan atau ditinggalkan kepada orang yang dimaksudkan untuk disampaikan itu atau, dalam hal dia tidak dapat dijumpai, jika ditinggalkan di tempat urusan atau tempat tinggalnya yang akhir diketahui, oleh mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Pendaftar atau, dalam hal penyampaian sesuatu notis atau perintah kepada pertubuhan, dengan menghantar notis atau perintah itu melalui pos berdaftar kepada alamat berdaftar pertubuhan itu.