Malaysia legislation

Section 66

of AKTA PERTUBUHAN 1966 (DISEMAK - 2021)

Seksyen 66

(2)

Orang yang dipanggil supaya hadir itu hendaklah hadir pada waktu dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, dan mengemukakan segala dokumen dalam jagaan, milikan atau kuasanya yang berhubungan dengan pertubuhan itu atau pertubuhan yang disyaki itu, dan menjawab dengan benar semua soalan yang ditanya kepadanya oleh Pendaftar atau seseorang Penolong

Pendaftar.

(3)

Pendaftar dan tiap-tiap Penolong Pendaftar boleh mengendalikan sumpah kepada dan memeriksa secara bersumpah mana-mana orang yang dipanggil supaya hadir di hadapannya di bawah seksyen ini.

(4)

Jika mana-mana orang yang dipanggil supaya hadir oleh

Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar di bawah seksyen ini tidak mematuhi tanpa sebab yang sah apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh subseksyen (2) atau memberi maklumat yang dipercayai oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu sebagai palsu, Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu boleh, jika difikirkannya berfaedah untuk mengenal orang itu pada masa hadapan, memerintahkan supaya fotograf dan cap jari orang

Pertubuhan 71

itu diambil pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat dan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Pendaftar atau Penolong

Pendaftar itu. Pendaftar itu boleh melupuskan fotograf dan cap jari itu, menurut budi bicaranya yang mutlak, sebagaimana yang dianggapnya patut.

(5)

Mana-mana orang yang enggan mematuhi perintah itu atau menghalang pematuhan perintah itu boleh ditangkap dan ditahan dalam jagaan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi seribu ringgit.

(6)

Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang yang dipanggil supaya hadir di hadapan Pendaftar atau seseorang Penolong

Pendaftar di bawah seksyen ini boleh menyebabkan dia ditangkap atau pendakwaan jenayah dibuat terhadapnya, atau dijadikan bukti terhadapnya dalam apa-apa prosiding jenayah, kecuali dalam pendakwaan kerana tidak memberikan jawapan dengan benar di bawah seksyen ini.

Peraturan-peraturan