Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
(2)
Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:
(a)
menetapkan cara pendaftaran bagi pertubuhan di bawah
Akta ini;
(b)
melarang penggunaan oleh pertubuhan berdaftar lencana dan lambang kebesaran yang menyalahi undang-undang atau yang tidak diingini;
(c)
menetapkan borang yang boleh digunakan bagi menjalankan peruntukan Akta ini;
(d)
menetapkan maklumat yang kena diberikan kepada
Pendaftar;
72
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(e)
menetapkan fi yang boleh dilevikan di bawah Akta ini;
(f)
menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah
Akta ini;
(g)
menetapkan peratus daripada jumlah yuran atau apa-apa pendapatan lain yang diterima yang boleh dipotong oleh sesuatu pertubuhan faedah bersama bagi pentadbiran dan belanja lain.
(3)
Mana-mana peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bahawa pelanggaran mana-mana peraturan-peraturan merupakan suatu kesalahan terhadap peraturan-peraturan itu dan boleh mengadakan penalti bagi mana-mana kesalahan itu dengan suatu denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit dan dengan suatu tempoh pemenjaraan yang tidak melebihi enam bulan.
Pemansuhan