Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Pendaftar boleh menolak pendaftaran sesuatu pertubuhan tempatan jika—
(a)
dia berpuas hati bahawa pertubuhan itu ialah cawangan mana-mana pertubuhan yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah perenggan 13(1)(c);
(b)
dia tidak berpuas hati bahawa pertubuhan tempatan itu telah mematuhi peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
(c)
sesuatu pertikaian wujud di kalangan anggota pertubuhan tempatan itu tentang orang yang akan menjadi pemegang jawatan atau yang akan memegang atau mentadbirkan apa-apa harta pertubuhan itu sehingga pertikaian itu diputuskan oleh Mahkamah atau melalui timbang tara atau melalui perjanjian antara anggotanya atau selainnya.
(3)
Pendaftar hendaklah menolak pendaftaran sesuatu pertubuhan tempatan jika—
(a)
didapati oleh Pendaftar bahawa pertubuhan tempatan itu adalah menyalahi undang-undang menurut peruntukan
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau mungkin digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi apa-apa maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, keadaan baik atau kemoralan di Malaysia;
(b)
pertubuhan itu telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai menyalahi undang-undang di bawah seksyen 5;
(c)
Pendaftar berpuas hati bahawa pertubuhan itu tidak wujud;
(d)
nama yang dengannya pertubuhan itu hendak didaftarkan—
(i)
didapati oleh Pendaftar akan mengelirukan atau dikira akan mengelirukan orang awam tentang sifat atau maksud pertubuhan itu yang sebenarnya atau hampir menyerupai nama pertubuhan lain sehingga boleh memperdayakan orang awam atau anggota salah satu pertubuhan itu;
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(ii)
adalah serupa dengan nama mana-mana pertubuhan tempatan lain yang sedia ada; atau
(iii)
adalah, pada pendapat Pendaftar, tidak diingini; atau
(e)
perlembagaan atau kaedah-kaedah pertubuhan itu tidak mengandungi peruntukan bagi segala perkara yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau, jika pertubuhan itu ialah suatu pertubuhan faedah bersama, perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau apa-apa perkara lain yang semunasabahnya dikehendaki oleh Pendaftar.
(4)
Jika Pendaftar telah menolak pendaftaran sesuatu pertubuhan tempatan di bawah seksyen ini, peruntukan seksyen 17 hendaklah terpakai bagi pertubuhan tempatan itu.
(5)
Mana-mana pertubuhan yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan ke atasnya oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Perakuan pendaftaran