Malaysia legislation
Section 8A
Seksyen 8A
Liabiliti pertubuhan berdaftar berkenaan dengan kontrak yang dibuat oleh cawangan
(a)
telah dibuat oleh cawangan menurut kebenaran nyata yang diberikan kepada cawangan itu oleh jawatankuasa atau badan pengelola pertubuhan berdaftar itu; atau
Pertubuhan 19
(b)
ialah suatu kontrak dalam kelas atau perihalan tertentu yang cawangan itu diberi kuasa secara am atau khusus oleh pertubuhan itu untuk membuat kontrak.
(2)
Perenggan 9(c), (d) dan (e) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dalam pemakaiannya bagi apa-apa guaman, prosiding, penghakiman, atau permohonan bagi pelaksanaan, berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat oleh suatu cawangan suatu pertubuhan berdaftar.
(3)
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika sesuatu cawangan, yang dalam subseksyen ini disebut “cawangan bawahan”, adalah di bawah kawalan dan bertanggungjawab kepada suatu cawangan lain, yang disebut “cawangan atasan” dalam subseksyen ini, cawangan atasan itu boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya bagi kontrak yang dibuat oleh cawangan bawahan jika—
(a)
kontrak itu dibuat menurut kebenaran bertulis yang nyata yang diberikan oleh cawangan atasan; atau
(b)
kontrak itu ialah suatu kontrak yang termasuk dalam kelas atau perihalan kontrak yang cawangan bawahan itu diberi kuasa oleh cawangan atasan untuk membuatnya:
Dengan syarat bahawa suatu cawangan hendaklah dalam apa-apa hal disifatkan berada di bawah kawalan dan bertanggungjawab kepada suatu cawangan lain jika anggota cawangan atasan itu adalah dinamakan atau dipilih atau selainnya dipilih daripada anggota cawangan bawahan.
Peruntukan yang terpakai bagi pertubuhan berdaftar