Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi pertubuhan berdaftar:
(a)
harta alih bagi sesuatu pertubuhan, jika tidak terletak hak pada pemegang amanah, hendaklah disifatkan terletak hak pada masa itu pada badan pengelola pertubuhan itu, dan boleh, dalam semua prosiding sivil dan jenayah, diperihalkan sebagai harta badan pengelola pertubuhan itu dengan gelaran badan pengelola pertubuhan itu yang betul jika diketahui;
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(b)
harta tak alih bagi sesuatu pertubuhan boleh, jika tidak didaftarkan atas nama pemegang amanah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, didaftarkan atas nama pertubuhan itu, dan segala surat cara yang berhubungan dengan harta itu adalah sah dan berkuat kuasa seolah-olah surat cara itu telah disempurnakan oleh seorang pemunya berdaftar dengan syarat bahawa surat cara itu disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan pertubuhan itu yang ada pada masa itu, dan pelantikan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar, dan dimeteraikan dengan meterai pertubuhan itu;
(c)
sesuatu pertubuhan boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas nama mana-mana seorang daripada anggotanya sebagaimana yang dinyatakan kepada
Pendaftar dan didaftarkan oleh Pendaftar sebagai pegawai awam pertubuhan itu bagi maksud itu, dan, sekiranya tiada seorang seperti itu didaftarkan, adalah kompeten bagi mana-mana orang yang mempunyai suatu tuntutan atau permintaan terhadap pertubuhan itu untuk membawa guaman terhadap pertubuhan itu atas nama mana-mana pemegang jawatan pertubuhan itu;
(d)
tiada guaman atau prosiding oleh atau terhadap suatu pertubuhan berdaftar dalam mana-mana mahkamah sivil boleh terhenti atau diberhentikan disebabkan oleh orang yang membawa atau yang terhadapnya guaman atau prosiding itu dibawa atau diteruskan, meninggal dunia atau tidak lagi memegang jawatan yang atas namanya dia telah membawa guaman atau dibawa guaman, tetapi guaman atau prosiding yang sama boleh diteruskan atas nama pengganti, atau terhadap pengganti orang itu;
(e)
tiada penghakiman dalam apa-apa guaman terhadap suatu pertubuhan berdaftar boleh dikuatkuasakan terhadap orang atau harta orang yang dibawa guaman itu kecuali terhadap harta pertubuhan itu;
(ea) permohonan bagi pelaksanaan sesuatu penghakiman hendaklah mengandungi penghakiman itu, fakta pihak yang terhadapnya penghakiman itu telah didapati yang telah membawa guaman atau dibawa guaman, mengikut
Pertubuhan 21
mana-mana yang berkenaan, bagi pihak pertubuhan itu, dan hendaklah menghendaki supaya penghakiman itu dikuatkuasakan terhadap harta pertubuhan itu;
(f)
mana-mana anggota yang—
(i)
gagal membayar yuran yang, mengikut kaedah-kaedah pertubuhan yang dia menjadi anggota, dia terikat untuk membayar;
(ii)
terhutang wang kepada pertubuhan;
(iii)
mengambil milik atau menahan, apa-apa harta pertubuhan berlawanan dengan kaedah-kaedah pertubuhan itu; atau
(iv)
merosakkan atau memusnahkan apa-apa harta pertubuhan itu, boleh dibawa guaman bagi yuran atau wang atau bagi kerosakan yang timbul daripada perbuatan memiliki secara salah, menahan, merosakkan atau memusnahkan harta itu:
Dengan syarat bahawa sekiranya defendan berjaya dalam guaman itu dan diawardkan kos, defendan boleh memilih untuk menuntut kos itu daripada pegawai yang atas namanya guaman itu telah dibawa atau daripada pertubuhan dan sekiranya daripada pertubuhan, dia boleh mendapat pelaksanaan terhadap harta pertubuhan itu;
(g)
mana-mana anggota yang—
(i)
mencuri, atau menyalahgunakan dengan curang atau menjadikan untuk kegunaannya sendiri, apa-apa wang atau harta lain pertubuhan itu;
(ii)
dengan sengaja dan niat jahat memusnahkan atau merosakkan apa-apa harta pertubuhan; atau
(iii)
memalsukan apa-apa surat ikatan, bon, cagaran untuk wang, resit atau surat cara lain yang mendedahkan dana pertubuhan kepada kerugian, bolehlah didakwa dan dihukum seolah-olah dia bukan seorang anggota; dan 22
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(h)
jika tiada apa-apa peruntukan yang tertentu dalam kaedah-kaedah sesuatu pertubuhan, apa-apa bilangan yang tidak kurang daripada tiga perlima daripada bilangan anggota bagi mana-mana pertubuhan itu yang pada masa itu bermastautin di Malaysia boleh memutuskan supaya pertubuhan itu dibubarkan dengan serta-merta atau pada masa yang dipersetujui, dan segala langkah yang perlu hendaklah diambil untuk melupuskan dan menyelesaikan harta pertubuhan itu, tuntutan dan liabilitinya, mengikut kaedah-kaedah, jika ada, pertubuhan yang tersebut itu yang berkenaan dengannya dan jika tiada kaedah-kaedah sedemikian, hendaklah mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh badan pengelolanya:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa pertikaian timbul di kalangan anggota badan pengelola atau anggota pertubuhan itu di bawah perenggan (h), pertikaian itu boleh diputuskan oleh Pendaftar;
dan mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan
Pendaftar di bawah perenggan ini boleh dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu, merayu kepada Mahkamah.
Kehilangan kelayakan yang terpakai bagi pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan berdaftar 9A. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (4), seseorang hendaklah hilang kelayakan daripada menjadi, dan tidak boleh menjadi atau terus menjadi, pemegang jawatan, penasihat atau pekerja sesuatu pertubuhan berdaftar—
(a)
jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan terhadap
Akta ini;
(b)
jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang lain dan dihukum denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun;
(c)
jika ada dikuatkuasakan terhadapnya apa-apa perintah tahanan, sekatan, pengawasan atau pengusiran di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan atau ketenteraman awam di Malaysia atau mana-mana bahagiannya, atau berhubungan dengan pencegahan jenayah, tahanan pencegahan atau imigresen;
Pertubuhan 23
(d)
jika dia seorang bankrap belum lepas; atau
(e)
jika dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal.
(2)
Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (1)(b)
hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun bermula dari tarikh orang yang disabitkan itu dilepaskan daripada jagaan atau tarikh yang denda yang disebut dikenakan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika Pendaftar, melalui notis yang ditandatangani sendiri olehnya memberitahu sesuatu pertubuhan bahawa mana-mana pemegang jawatan, penasihat atau pekerja sesuatu pertubuhan telah hilang kelayakan di bawah subseksyen (1), pertubuhan itu hendaklah dengan serta-merta menguatkuasakan kehilangan kelayakan itu.
(4)
Mana-mana orang yang tertakluk kepada apa-apa kehilangan kelayakan di bawah perenggan (1)(a), (b) atau (c) boleh memohon kepada Pendaftar supaya dikecualikan daripada pemakaian kehilangan kelayakan itu, dan Pendaftar boleh, jika difikirkannya adalah patut berbuat demikian, memberi pengecualian kepadanya bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Pendaftar dan tertakluk kepada apa-apa batasan, sekatan, terma atau syarat yang diputuskan untuk dikenakan olehnya.
(5)
(Dipotong oleh Akta A557).
(6)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) atau apa-apa batasan, sekatan, terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
(7)
Bagi maksud subseksyen (1), “pemegang jawatan” termasuklah—
(a)
anggota mana-mana jawatankuasa kecil atau badan lain yang ditubuhkan atau dibentuk oleh badan pengelola sesuatu pertubuhan berdaftar, atau oleh badan pengelola cawangan pertubuhan itu;
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(b)
mana-mana orang yang sedikit sebanyak bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal atau penjalanan apa-apa aktiviti sesuatu pertubuhan berdaftar atau mana-mana cawangan pertubuhan itu; dan
(c)
mana-mana orang yang dilantik atau diberi kuasa untuk mewakili, atau bertindak bagi pihak, sesuatu pertubuhan berdaftar atau mana-mana cawangan pertubuhan itu, dalam apa-apa perkara, selain seseorang yang bukan anggota pertubuhan itu, diambil bekerja oleh pertubuhan itu untuk mewakili, atau bertindak bagi pihak, pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu atas sifat profesionalnya atau melalui perkiraan kontrak.
Pemeriksaan dokumen dan nilai keterangan salinan yang diperakui oleh Pendaftar