Malaysia legislation
Section 100
Seksyen 100
(a)
mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal telah dipasang atau dibina tanpa kebenaran di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
(b)
penerusan kewujudan pengurusan sisa pepejal itu—
(i)
adalah sebegitu rupa sehingga keselamatan atau kesihatan mana-mana orang yang tinggal di sekitar kemudahan pengurusan sisa pepejal itu terdedah kepada bahaya; atau
(ii)
berkemungkinan digunakan berlanggaran dengan
Akta ini,
Ketua Pengarah boleh membuat aduan bertulis kepada
Majistret.
(2)
Apabila diterima aduan bertulis di bawah subseksyen (1),
Majistret hendaklah mengeluarkan saman yang menghendaki pemunya atau penghuni kemudahan pengurusan sisa pepejal itu hadir di hadapan Majistret dan apabila dia hadir atau tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya dibuktikan, Majistret hendaklah meneruskan pendengaran aduan itu dan boleh—
(a)
menolak aduan itu; atau
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 79
(b)
membuat suatu perintah perobohan kemudahan pengurusan sisa pepejal itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(4)
Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam perintah di bawah perenggan (2)(b), Ketua Pengarah boleh melaksanakan perintah itu dan kos bagi kerja itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.