Malaysia legislation

Section 102

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 102

Warta, menghendaki—

(a)

menghendaki supaya keluaran atau barang tertentu yang telah digunakan hendaklah diterima balik oleh pengeluar, pemasang, pengimport atau pengedar dan supaya pengeluar, pemasang, pengimport atau pengedar itu hendaklah menanggung perbelanjaan dan kos sendiri untuk mengitar semula atau melupuskan apa-apa keluaran atau barang yang diterima balik mengikut cara yang tertentu;

(b)

menghendaki supaya mana-mana orang hendaklah menghantar keluaran atau barang kepada pengeluar, pemasang, pengimport atau pengedar itu; dan

(c)

menghendaki supaya mana-mana pengedar keluaran dan barang tertentu untuk menerima dan menstorkan keluaran dan barang tertentu yang diterima balik.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mewujudkan sistem bayaran balik deposit dan menentukan—

(a)

keluaran dan barang tertentu;

(b)

amaun bayaran balik deposit;

(c)

pelabelan keluaran dan barang; dan

(d)

obligasi pengedar keluaran dan barang.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 81