Malaysia legislation

Section 103

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 103

(2)

Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh Kerajaan

Negeri dan pihak berkuasa tempatan di bawah apa-apa perkiraan yang dibuat menurut Perlembagaan

Persekutuan;

(b)

segala wang yang diterima daripada caj, fi atau levi yang dikenakan di bawah seksyen 30;

(c)

segala wang yang diuntukkan daripada Kerajaan

Persekutuan bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

(3)

Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar kos yang ditanggung berikutan dengan perjanjian yang dibuat di bawah seksyen 4; dan

(b)

membayar caj, fi atau levi berhubung dengan arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 23(5)

untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam.

(4)

Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam dan laporan aktivitinya yang sepatutnya berkenaan dengan Kumpulan Wang itu disimpan dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan; dan

Undang-Undang Malaysia 82

(b)

suatu pernyataan mengenai aktivitinya.

(5)

Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri dan

Menteri hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Kuasa untuk mengecualikan

Section 103 — SOLID WASTE AND PUBLIC CLEANSING MANAGEMENT ACT 2007