Malaysia legislation
Section 108
Seksyen 108
Peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
menetapkan standard dan spesifikasi bagi reka bentuk, pembinaan, pengendalian dan penyenggaraan mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;
Undang-Undang Malaysia 84
(b)
menetapkan kaedah atau cara pemungutan, pengangkutan, pengolahan atau pelupusan sisa pepejal terkawal termasuk jenis sisa pepejal terkawal yang menghendaki olahan terlebih dahulu sebelum pelupusannya;
(c)
menetapkan skim bagi menjalankan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal termasuk kewajipan dan obligasi pemegang lesen dan penghasil sisa pepejal, kawasan geografi, jenis sisa pepejal terkawal dan perkhidmatan yang hendak disediakan;
(d)
menetapkan reka bentuk, jenis dan bilangan bekas yang hendaklah disediakan dan bahan atau benda yang boleh atau tidak boleh diletakkan di dalam bekas itu;
(e)
menetapkan spesifikasi dan kehendak bagi kenderaan yang digunakan dalam pengangkutan sisa pepejal terkawal;
(f)
menetapkan kaedah atau cara dan tahap pengitaran semula oleh mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;
(g)
menetapkan apa-apa sisa pepejal terkawal sebagai sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan kewajipan mana-mana orang untuk mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula;
(h)
menetapkan kewajipan mana-mana orang untuk mengasingkan sisa pepejal khas dan kehendak bagi penstoran di mana-mana premis;
(i)
menetapkan kaedah atau cara bagi menjalankan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;
(j)
menetapkan bentuk dan kandungan lesen yang hendaklah diberikan di bawah Akta ini, syarat yang hendaklah dikenakan dan fi yang hendaklah dibayar bagi lesen itu;
(k)
menetapkan cara dan borang yang hendaklah digunakan dan maklumat yang hendaklah diberikan bagi apa-apa maksud Akta ini;
(l)
menetapkan bentuk pemberitahuan, notis, perintah atau arahan yang hendaklah dibuat di bawah Akta ini dan cara penyampaian pemberitahuan, notis, perintah atau arahan itu;
(m)
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendaklah digunakan dan kaedah dan tatacara untuk pengkompaunan kesalahan;
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 85
(n)
menetapkan caj, fi, levi atau kadar bagi caj pembayaran lewat yang ditetapkan di bawah Akta ini;
(o)
menetapkan penyimpanan dan penyenggaraan daftar;
(p)
menetapkan pengemukaan data oleh pemunya atau penghuni mana-mana premis yang menghasilkan apa-apa sisa pepejal terkawal dan mana-mana pemegang lesen yang menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal;
(q)
menetapkan tatacara dalam mengambil dan menguruskan sampel apa-apa sisa pepejal terkawal;
(r)
menetapkan cara dan bentuk berkenaan dengan pelan dan spesifikasi bagi apa-apa kemudahan pengurusan sisa pepejal yang hendaklah dikemukakan di bawah Akta ini;
(s)
menetapkan kelayakan yang khusus bagi mana-mana orang yang terlibat dalam apa-apa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal;
(t)
menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini atau bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang diakibatkan oleh permulaan kuat kuasa Akta ini atau mana-mana peruntukannya.
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen
(1)
boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.