Malaysia legislation
Section 109
Seksyen 109
Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, apa-apa pendaftaran, suruhan, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan yang dilakukan, dibuat atau diberikan sebelum tarikh ditetapkan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang
Undang-Undang Malaysia 86
selaras dengan Akta ini hendaklah disifatkan telah dilakukan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya yang berhubungan dengannya pendaftaran, suruhan, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan itu terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini atau sehingga tarikh habis tempoh pendaftaran, suruhan, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan itu.